Tarikh : Mac - Julai 2009
Februari 2009
Mesyuarat AJK Pendidikan Pencegahan Dadah SKKST sebulat suara bersetuju untuk memperbanyakkan poster-poster anti dadah dan bahaya merokok pada papan kenyataan yang sedia ada.
Mac 2009
PKHEM dan Setiausaha PPDa menghadiri satu taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah oleh JPNT di Dewan Batu Bersurat Muzium Losong. Tayangan video bilik, lorong, sudut PPDa terbaik kebangsaan dan taklimat pengurusan sistem fail.
Bilik, sudut dan lorong PPDa akan dipertandingkan dan penghakiman akan dibuat pada awal April.
Satu mesyuarat ringkas telah diadakan dan jawatankuasa telah dibentuk. Lokasi baru untuk lorong PPDa telah dikenalpasti.
Tempoh letak kerja bermula 28 Mac hingga 10 April. Kerjasama semua AJK sangat memberangsangkan.
13 April 2009
Pemantauan pertama oleh Encik Russlin bin Mohd, Pegawai Khas Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, PPDKT pada pukul 12.45 tengahari. Kekuatan, kelemahan dan kekurangan dicatat dan akan diperbaiki sekiranya terpilih mewakili daerah Kuala Terengganu Utara.
14 April 2009
Lawatan Penanda Aras ke SMK Bukit Besar. Percambahan idea untuk PPDa.
21 April 2009
Mendapat panggilan telefon dari JPNT, mengatakan bahawa lorong PPDa SKKST mendapat tempat pertama dan akan mewakili Daerah Kuala Terengganu Utara.
22 April - 7 Mei 2009
AJK terlibat bertungkus-lumus untuk menambahbaik lorong PPDa. Segala persiapan telah dibuat untuk menghadapi penilaian hakim peringkat negeri.
10 Mei 2009
PAda 9.25 pagi, 5 orang hakim daerah telah datang untuk menghakimi lorong PPDa. Segala persiapan sambutan berjalan lancar. Kelemahan dan kekurangan telah dicatat dan akan diperbaiki jika terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
27 Mei 2009
Menerima perkhabaran, lorong PPDa SKKST telah menjadi johan peringkat negeri Terengganu dan akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada awal Julai 2009. 2 orang pegawai JPNT meninjau lorong PPDa dan menyatakan kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada lorong PPDa SKKST dan mohon pembaikan dilakukan.
3 Jun 2009
Satu mesyuarat diadakan bersama Pegawai JPNT, wakil Pegawai PPDKT, wakil Belia 4B Cawangan Kg. Batin, PDRM, wakil ADUN Seberang Takir, wakil Parlimen Kuala Nerus, Pegawai AADK Daerah Kuala Terngganu pada 3 Jun 2009.
Mesyuarat berjalan lancar dengan kehadiran pelbagai pihak yang telah dijemput dan mendapat maklum balas yang sangat baik.
16 Jun 2009
Mesyuarat bersama Encik Russlin dan 2 orang pegawai dari JPNT telah berlangsung bersama AJK PPDa SKKST. Bermulalah tarikh letak kerja untuk lorong PPDa SKKST mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan. Surat mohon sumbangan kewangan dan bantuan barangan diedarkan.
17 Jun 2009
AJK memulakan kerja-kerja penambahbaikan di lorong PPDa.
21 Jun 2009
Mesyuarat AJK PPDa Kali ke 5. Pembahagian tugas di lorong PPDa melibatkan semua guru SKKST. Mohon kerjasama semua guru untuk menjayakan lorong PPDa dan menjadi johan kebangsaan. One for all, all for one.
22 Jun 2009
Majlis perasmian lorong PPDa SKKST oleh YB. Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman Exco Pelajaran Negeri Terengganu, selaku ADUN Seberang Takir. YB. Ahmad Razif juga sempat memberikan sepatah dua kata nasihat kepada pelajar.
23 Jun 2009
Lawatan khidmat nasihat dan perkongsian idea oleh Encik Russlin dan Encik Mohd Nordin dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.
24 Jun 2009
Kembara berbasikal PPDa telah berlangsung dengan jayanya. Murid-murid membawa poster anti dadah dan rokok dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan bahaya dan jauhi dadah serta rokok di sekitar kawasan Kg. Batin dan Taman Permint Perdana. Kembara bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi.
28 Jun 2009
Mendapat perkhabaran mengenai tarikh penghakiman peringkat kebangsaan iaitu pada 16 Julai 2009 dari Tuan Hj. Shaari bin Khatib Hassan, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPNT.
2 Julai 2009
Lawatan khidmat nasihat mengenai skima pemarkahan terbaru oleh Encik Russlin bin Mohd dan beliau juga meninjau kerja-kerja di laluan PPDa, melihat kelancaran penambaikan maklumat.
3 - 15 Julai 2009
Kerja-kerja penambaikan di Laluan PPDa masih berjalan.